Jumlah Pengunjung

Saturday 3 November 2012

KERAJAAN BARISAN NASIONAL BERI 234,500 VETERAN ATM RM1,000 !!!

Seramai 234,500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 melalui Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (STB1M) pada 1 Januari depan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sumbangan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM234.5 juta dan kos tersebut ditanggung bersama kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Katanya, syarat permohonan adalah berkhidmat kurang dari 21 tahun yang bersara awal dan tidak berpencen, telah dibersarakan atau menamatkan perkhidmatan secara terhormat tanpa mengira tarikh mula berkhidmat dan tarikh tamat tempoh perkhidmatan pada atau sebelum 31 Disember 2012.
"Bekas anggota tentera yang menepati syarat itu layak memohon dan menerima sumbangan bantuan tersebut.
"Sumbangan ini tanda pengiktirafan dan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan dan perkhidmatan Veteran ATM yang tidak berpencen dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya.
Beliau berucap demikian dalam Majlis Penutup Kempen Rayuan Hari Pahlawan, di sini semalam.
Dalam majlis tersebut, Tabung Kempen Rayuan Hari Pahlawan berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM250,000.
Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJN) kepada 50 orang bekas veteran tentera yang terpilih di negeri ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, ATM akan menggiatkan program Askar Masuk Kampung di bawah Projek Jiwa Murni bagi membolehkan anggotanya memberi bantuan kemanusiaan, bencana dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
Katanya, projek itu diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan.
Katanya, di Sarawak, projek yang dilaksanakan di bawah Program Jiwa Murni ialah menaik taraf jalan balak dari Long Lopeng ke Ba'Kelalan dan Jalan Belaga-Menjawah.





No comments:

Post a Comment

Member BSK