Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

PAS JUAL & LACURKAN AGAMA ALLAH UNTUK KUASA POLITIK LAGI !!!



Pemuda Umno negeri mencabar pimpinan Pas Perak untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan hak kebebasan beragama yang menyentuh kepada orang Melayu dalam negara.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda Umno Perak melahirkan rasa terkejut dan marah terhadap kenyataan itu dan pimpinan Pas di negeri ini khususnya Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pemuda Pas negeri seharusnya tampil membuat kenyataan.

Katanya, kenyataan pemimpin PKR amat dikesali kerana ia seolah-olah menunjukkan cubaan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan Nurul Izzah ini juga dilihat sebagai satu sokongan kepada pergerakan Majlis Antara Agama (Inter Faith Council) di negara ini.

“Kita amat kesal dengan kenyataan seperti itu kerana soal agama bukan satu mainan” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar kononnya Nurul Izzah bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu didakwa tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah semalam menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.

“Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh akidah serta meningkat kefahaman terhadap Islam.

“Saya berdoa agar ALLAH SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Khairul Azwan berkata,  Pas tidak perlu berpolemik  dan meereka harus jujur menyatakan pendirian mereka dalam hal ini.

“Kami Pemuda Umno sekali lagi menyeru kepada Nurul Izzah untuk tidak mempolitikkan isu yang menyentuh agama Islam kerana ia amat sensitif dan bertaubat atas kenyataan yang diberikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK