Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

PAS MAHU RAKYAT MALAYSIA LANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA !!!



Pas dinasihat tidak melakukan tindakan yang dilihat cuba mengajar rakyat untuk tidak menghormati undang-undang.

Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri, Saiful Adli Mohd Arshad berkata, pengumuman parti itu yang sedia memberikan khidmat guaman percuma kepada pesalah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) boleh memberikan kesan negatif kepada rakyat dan negara.

"Khidmat guaman percuma khusus untuk pesalah trafik yang menerima saman AES amat tidak wajar.  Pada saya, daripada tawarkan khidmat guaman percuma untuk pesalah trafik, lebih baik berikan kepada kes-kes melibatkan syariah yang lebih banyak memerlukan bantuan. “Tawaran Pas itu dilihat tidak lebih dari gula-gula politik untuk meraih sokongan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Saiful Adli berkata, tindakan Pas Negeri itu juga akan merosakkan institusi perundangan sedia dan merosakkan negara.

“Soal undang-undang kita tak boleh main-main. Jika semua benda kita nak tentang, tidak mustahil suatu hari nanti rakyat enggan bayar cukai, enggan carum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.

“Tindakan mereka (Pas) ini seolah-olah mahu menjadi pembangkang seumur hidup,” katanya yang juga seorang peguam di Tetuan Saiful Arshad & Co.

Saiful Adli berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas Perak melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia yang menyediakan khidmat guaman percuma kepada orang ramai yang mahu membela diri di mahkamah setelah menerima saman AES di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK