Jumlah Pengunjung

Tuesday 6 November 2012

Tayangan TANDA PUTERA di UiTM



SHAH ALAM – Tayangan filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba akan ditayangkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Malam Promosi Filem 2012 pada 8 Nov ini.
Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM dengan kerjasama pengeluar filem Pesona Pictures Sdn Bhd menganjurkan tayangan ini di Dewan Sri Budiman mulai pukul 6 petang hingga 11 malam.
Filem yang mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
“Pelbagai acara sampingan turut diadakan sempena tayangan tersebut seperti cabutan bertuah untuk penonton dengan hadiah utama berupa empat buat telefon bimbit serta sesi tandatangan bersama barisan pelakon dan persembahan daripada para pelajar fakulti,” kata jurucakap UiTM.
Harga pas masuk ialah RM10.
Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di laman Facebook menerusi carian ’Malam Promosi Filem 2012: Tayangan Eksklusif Tanda Putera’ atau menghubungi koordinator pemasaran Noorli Mokhtar di talian 019-3674843 untuk tempahan awal

No comments:

Post a Comment

Member BSK